Monday, May 31, 2010

Jawapan test yang misteri

Craving for bizarre, inedible substances (eg clay, soil, coffee ground, petrol fume) during pregnancy is called what?_________


Classmate2 sekalian, jawapannya Pica!


Ben-ci.


Sunday, May 30, 2010

Kucing parsi i vegetarian

Kucing parsi i makan rumput sebab ikan dah naik harga :D


Dalam gambar: Si kucing parsi kesayangan.
Meow!

Friday, May 28, 2010

Selesai sudah sesi 4!

Terima kasih pada Miza si kuda kepang mendengar kata tidak meragam di hari terakhir.

Dalam gambar: I si hitam- Miza si kuda kepang

Yeay sudah master tere gila pass skill trotting!
Up-down-up-down.
Kengkang? Salahkan kuda itu.


Bahasa kuda- riding guide

Kuda boleh mendengar arahan. Contohnya kalau kita mahu beliau

  • Berjalan- cakap Walk! sambil tendang perut beliau

  • Berlari- cakap Trot! sambil maintain cun dan tumpukan perhatian. Bukan perhatian pada jejaka2 kacak di tepi trek ya --> part paling susah. maksud i untuk maintain postur, balance dan rhytham bukan maintain cun.

  • Berhenti- cakap Woooo sambil tarik rail dengan kuat dan badan ke belakang. lebih dramatik kalau kaki depan kuda ternaik sama.

  • Kuda menggila di trek? - cakap Vavi! sambil jerit mintak tolong pada instructor ;p

* untuk kuda KL sahaja. Kalau kuda Sumatera sila guna bahasa jawa.

Thursday, May 27, 2010

Sweet as it is

Sweet kan?
Sweet macam si pembuatnya- cik ainun hidung mancung ;P


Dalam gambar : cupcakes dengan nama mimi yang paling comel ;p
Thanks ainun. Sayang anda juga! :)
Nak resipi? Tekan sini
Cuba lah! Memang kaya dengan gula kasih sayang :D

Tuesday, May 25, 2010

Horse ride lesson

Aktiviti di cuti semestar- Menunggang si kuda kepang
Langkah ke arah hidup yang lebih sihat-la-konon.
Antara faedahnya termasuk lah
  • Memenuhi masa terluang.

45 minit perjalanan menunggang kereta untuk 30 minit sesi menunggang kuda setiap kali. Dan 45 minit lagi untuk perjalanan pulang. Memang banyak betul masa terluang i kan?

  • Membaiki postur badan.

Menunggang kuda harus berpostur yang betul. Badan yang tegak dan bontot yang melentik @ tonggek dengan erti kata lain.

  • Bersosial ( la sangat).

Selepas habis sesi, berpeluang berchat dengan orang2 yang ada di kelab itu. Pengurusnya ramah tapi lebih ramai kaum pekerja indonesia dari pengunjung kelab sendiri. Owh tapi air minum diberi percuma!




Dalam gambar: I si cantik - Wind si kuda - Sil si instructor
Selepas sesi kali ke-3. I sunburn sampai kaler kuda and instructor pun dah hampir sama.
Sehingga 2 tona lebih gelap.Anda ukurlah sendiri!
Gosh i perlukan rawatan pemutihan intensive.


Sunday, May 23, 2010

Tomato man


Buah tomato sedap dimakan begitu sahaja.

Kaya vitamin A dan antioxidan.




TAPI



Lycopene dalam tomato segar boleh bertindak balas pada kulit anda merangsang nafsu melatonin.

Maka terhasil la melanin di permukaan kulit anda yang mulus itu @ lebih dikenali sebagai pigmentasi (tompok hitam).



Haa pilih la.nk sihat ke nk cantik?



TAPI



Nasib baik la lycopene tu boleh deactivate bila kite masak tomato tu.

Boleh la makan sos pasta banyak2 without worries ya.



Unikl BMI

BMI? Body Mass Index bukan Unikl BMI ye.
Rasanya ramai yang familiar BMI adalah untuk mengira berat sesuai untuk ketinggian anda.

= berat dalam kg / (tinggi x tinggi) dalam meter

maka BMI i adalah

=37 kg / (1.58 m x 1.58 m)
=14.8

mengikut skala yang i gubal sendiri

jika BMI anda

<18.5> 18.5- 24.9 Normal dimata doktor tapi percayalah anda sebenarnya kelihatan chubby
25.0-29.9 Terlebih berat badan di mata doktor dan sudah pasti mata orang lain juga
>30.0 Mau join The Biggest Loser? Blh menang duit ribu riban wooo

Konklusinya?dah terang2 i persis Amber Chia. Heidi Klum pun kalah. :D

Tuesday, May 18, 2010

Easy way to get in shape

Susah mendapat bentuk badan yang diidamkan?
Kini ada cara mudah..


Taaadaaa!
Mudahkan?
Life is easy dude :D

Tuesday, May 4, 2010

Hari Pertama-unsuccesful

Attemp pertama ke arah gaya hidup sihat-la-konon.
Berangan dalam kelas pagi sem pendek mau pegi jogging dengan gigihnya sekitar stadium 15 bila petang2 skit.
Taaapi baru pukul 4.30 ptg awan mendung hujan turun mencurah2.
Bila hujan haruslah aktiviti tido.
Fine.hari ini tak berjaya..cuba lagi esok hari.
-_____-

Monday, May 3, 2010

We can do it !!

Mari menggemuk ayuh!


untuk anda yang kurus sahaja ya!