Thursday, June 2, 2011

Semangat baru

Berat terkini : 40 kg

Tahniah untuk diri sendiri :)

10 bulan untuk naik 3 kg? memang tak cukup memberangsangkan.

Berat paling berat pernah dicapai? 43 kg. ha ha ha

So target pertama adalah kembali ke 43 kg.

Target kedua 45 kg sehingga hujung tahun ni. Ada 6 bulan lagi.phewww

Target ketiga kahwin! eh tak tak. habiskan belajar dulu T_T


Wish me luck ^^

Saturday, September 25, 2010

Kayla si jurugambar

Mikayla sofea si jurugambar bersama bibik

Inilah dia si jurugambar kami sekeluarga di pagi raya. Sungguh dedikasi dan bersungguh-sungguh menunjukkan bakat. Mari kita lihat hasilnya..




Si cantik kurang jelita

Si cantik bila close up dan kepala tak cukup. Sungguh tak jelita. Salahkan jurugambar.



Kepala uncle lan

Nasib baik tak close up kalau tak nampak segala kelemumur bagai.



Telinga sebagai hiasan tambahan

Tau lah muka i tak jelita. Terus dia snap gambar badan i saja.




Nenek robit merangkap moyang kepada kayla

Nenek pun menjadi mangsa keadaan. Nasib baik badan masih mantap dan bergetah ^_^




Ye kawan-kawan ini gambar kaki i


Dah masuk kaki, badan and kepala pulak tak masuk.Grrr




Kuku kaki kuku kaki

Makin banyak pulak gambar kaki kaki yang diambilnya.haisshh.Takpe cuba lagi




Perfecto

Akhirnya baru nampak kejelitaan i. credit to mikayla sofea ;p



Pic of the day


Tapi antara banyak2 gambar, i paling suka gambar yang ini :)

Thursday, August 26, 2010

Att: Mohd Farid

At last.tonite..


I'M THE OFFICIAL PSSCMUKM MEMBER


Any enquiry regarding Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia click here



Congratulation PSSCMUKM u have found the greeeeeeeeeeeeaatest student on the planet






Semangat kan i? dah tahun 3 baru terkial nk join silat.Baru tadi majlis ijazah berlangsung (eh i got bachelor degree hebat kan? -____-)


So people of the earth..DONT MESS WITH ME



bcoz i'm the one who in a mess




hoi sok exam FPD nak jawab ape weyh????!!!

Tuesday, August 24, 2010

Apa rasanya bila hilang ingatan?

Hormone that regulate calcium?
PARATHORMONE
by parathyroid gland
reabsorbed when calcium is low
&
CALCITONIN
by thyroid gland
retard absorbtion when calcium is high
Dah baca tapi hilang ingatan dalam exam.
BEEEEEEENCI okey.
Sila ingat jawapan di atas sampai mati.

Thursday, August 12, 2010

Pre-ramadhan gathering?

Date : 8/8/2010
Venue : Bagan Lalang
kira2 sejam perjalanan dari Bangi dengan kelajuan semut berbaris
Objective: Gathering makan seafood sempena dah nak puasa bersama B-clan
Sampai2 je trus bergambar sakan di tepi pantai.



Lama rasanya b-clan incomplete tanpa sebah and bilek. Sayang korg :)




Ini baru skit ye.kalah jamuan raya you
kitorg order :-
ikan siakap, pari bakar [i x knal nama ikan lah]
sotong goreng tepung
udang goreng tepung
ketam masak ape tah
pepahat @ buluh laut?
lala
kerang bakar
tomyam
sayur mayur


Gathering sempena menyambut sebah blk ke tanah air
[cake sponsored by dayah]


ye la hanan.sambut belated birthday kau skali





And introducing Bilek & Basyar :)





Special announcement dari Acap & Syeeda :))





Seafood kaya dengan collagen terhidrolisat. tengok i makan terus berseri2 muka licin gila.
Hahaha tipu tipu itu di namakan over-exposed-flash.

Okey sangat kenyang dengan harga tambah tolak rm28. Sian farid x join [beliau kan buaya tak main lah makan seafood ni sangkot celah gigi je]. Next time boleh datang lagi ye and topek sila pandu hati2 abaikan taman gembira yang membawa duka itu ;p






Wednesday, July 28, 2010

Tukar template lagi (:

Tukar template lagi malah tukar title sekali agar lebih motivated



Kenapa title ini?

Sebab tiba2 baru teringat bila pulak i bercita2 mahu jadi nutritionist? I mahu jadi Domestic Engineer a.k.a suri rumah tangga lah!

Dan harus yakin pada diri sendiri tak kira lah saiz badan apa pun kan? maka harus ada perkataan FABULOUS itu 8-)

Tapi objektif utama jangan dilupa ya

MARI MENAMBAH BERAT BADAN!

Friday, July 2, 2010

Parenting tips: No sweet treats to bribe the kiddos

Teringat zaman i comot2 dulu..pakcik abu yamin (bukan nama sebenar) adalah seorang abah yang sangat garang pernah wujud di muka bumi ini..kiranya rasaksa pun surrender awal2 kalau abah jadi ultraman..seingat i dulu, tiada seorang pun dari kami adik beradik berani menangis guling2 di lantai supermarket kerana berhajatkan aiskrim mahupun air kaler2 dalam bekas bentuk haiwan2 yang comel itu (tah ada lagi ke tak)..memang mencari mautlah namanya..sekali abah buntangkan mata terus i pergi ke bahagian yang ada buku2 konon2 macam eh beli buku la best beli aiskrim apa barang.
-______-



Well..betul lah cara didikan abah tu..sekurang2nya gigi i tak pernah rongak pun masa kecil.


Parents should never give the sweet treats to bribe the kids. And yes. Auntie, uncle, atok, nenek pun included.




Tapi sejak dua menjak ada anak buah sendiri ni..i tak sampai hati tengok beliau menangis2 mintak eskelim mahupun lele (gula2). Mahu tak mahu i turutkan juga lah itu pun kalau dah masuk 1 jam duduk merengek2 mintak eskelim macam boleh mati malam itu juga kalau tak dapat antidot sejuk itu.




Dalam gambar: Tengok betapa riang rianya bila dapat eskelim cornetto sumbangan andak -__-


Haih ini baru anak buah..kalau anak sendiri macam mana lah agaknya cara untuk menangkis cubaan these cute little angel dari mintak benda bukan2.

Susahnya jadi ibu bapa!