Friday, July 2, 2010

Parenting tips: No sweet treats to bribe the kiddos

Teringat zaman i comot2 dulu..pakcik abu yamin (bukan nama sebenar) adalah seorang abah yang sangat garang pernah wujud di muka bumi ini..kiranya rasaksa pun surrender awal2 kalau abah jadi ultraman..seingat i dulu, tiada seorang pun dari kami adik beradik berani menangis guling2 di lantai supermarket kerana berhajatkan aiskrim mahupun air kaler2 dalam bekas bentuk haiwan2 yang comel itu (tah ada lagi ke tak)..memang mencari mautlah namanya..sekali abah buntangkan mata terus i pergi ke bahagian yang ada buku2 konon2 macam eh beli buku la best beli aiskrim apa barang.
-______-



Well..betul lah cara didikan abah tu..sekurang2nya gigi i tak pernah rongak pun masa kecil.


Parents should never give the sweet treats to bribe the kids. And yes. Auntie, uncle, atok, nenek pun included.




Tapi sejak dua menjak ada anak buah sendiri ni..i tak sampai hati tengok beliau menangis2 mintak eskelim mahupun lele (gula2). Mahu tak mahu i turutkan juga lah itu pun kalau dah masuk 1 jam duduk merengek2 mintak eskelim macam boleh mati malam itu juga kalau tak dapat antidot sejuk itu.




Dalam gambar: Tengok betapa riang rianya bila dapat eskelim cornetto sumbangan andak -__-


Haih ini baru anak buah..kalau anak sendiri macam mana lah agaknya cara untuk menangkis cubaan these cute little angel dari mintak benda bukan2.

Susahnya jadi ibu bapa!


Saturday, June 12, 2010

Tewas di tangan rasaksa


Dalam gambar: Rasaksa dengan kuasa 400 kalori.

Sedang dihapus dalam medan perut ku :D

Thursday, June 3, 2010

Syarat bakal suami- Pandai memasak

Jangan risau bakal suami- bakal isteri anda memang pandai memasak.
Sebut saja mahu makan apa.
Grand tandoori chicken?
Delicious chocolate cake?
Lavish lamb curry?
Memang tahap pejam mata pun boleh masak.
Pilih menu dan klik 4 kali.
I dah level 62.
Anda bagaimana? ^_______^




Monday, May 31, 2010

Jawapan test yang misteri

Craving for bizarre, inedible substances (eg clay, soil, coffee ground, petrol fume) during pregnancy is called what?_________


Classmate2 sekalian, jawapannya Pica!


Ben-ci.


Sunday, May 30, 2010

Kucing parsi i vegetarian

Kucing parsi i makan rumput sebab ikan dah naik harga :D


Dalam gambar: Si kucing parsi kesayangan.
Meow!

Friday, May 28, 2010

Selesai sudah sesi 4!

Terima kasih pada Miza si kuda kepang mendengar kata tidak meragam di hari terakhir.

Dalam gambar: I si hitam- Miza si kuda kepang

Yeay sudah master tere gila pass skill trotting!
Up-down-up-down.
Kengkang? Salahkan kuda itu.


Bahasa kuda- riding guide

Kuda boleh mendengar arahan. Contohnya kalau kita mahu beliau

  • Berjalan- cakap Walk! sambil tendang perut beliau

  • Berlari- cakap Trot! sambil maintain cun dan tumpukan perhatian. Bukan perhatian pada jejaka2 kacak di tepi trek ya --> part paling susah. maksud i untuk maintain postur, balance dan rhytham bukan maintain cun.

  • Berhenti- cakap Woooo sambil tarik rail dengan kuat dan badan ke belakang. lebih dramatik kalau kaki depan kuda ternaik sama.

  • Kuda menggila di trek? - cakap Vavi! sambil jerit mintak tolong pada instructor ;p

* untuk kuda KL sahaja. Kalau kuda Sumatera sila guna bahasa jawa.